Friday, November 30, 2018

Mesin Jahit

Ø Bahagian-bahagian Mesin Jahit :




Ø Fungsi Bahagian Mesin Jahit : 





Ø Peraturan Menggunakan  Mesin Jahit
Letakkan mesin jahit di tempat yang terang supaya dapat menjahit dengan selesa.

Semasa menjahit, pastikan kedudukan posisi badan adalah betul supaya boleh menjahit dengan lebih selesa dan mengelakkan daripada mengalami sakit tulang belakang


 Penjagaan Mesin Jahit

Mengganti Jarum Mesin

Longgarkan skru pemegang mesin.

Pastikan bahagian mata jarum menghala ke skru pemegang jarum mesin jahit.

Ketatkan skru pemegang jarum.

Menukar Tali Mesin Yang Longgar Atau Putus

Cucukkan dua lubang pada kedua-dua hujung tali mesin dengan cangkuk besi

Tekankan dengan kuat cangkuk besi itu sehingga tali mesin dapat bercantum

Meminyak Mesin Jahit

Tuangkan minyak melalui lubang mesin Kemudian gerakkan mesin  tanpa benang untuk beberapa ketika. Letakkan sekeping kain di bawah penekan jahitan untuk menyerap minyak yang menitis dan mengotorkan mesin jahit.

No comments:

Post a Comment

Kategori Dan Jenis-Jenis Fabrik

KAJIAN FABRIK v  Fabrik merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membuat pakaian. v  Gentian merupakan selulosa atau serat yang te...