Friday, November 30, 2018

Kategori Dan Jenis-Jenis Fabrik

KAJIAN FABRIK

Fabrik merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membuat pakaian.
Gentian merupakan selulosa atau serat yang terdapat pada sumber bahan asli dan juga buatan yang dipintal untuk dijadikan yarn atau benang.

 Kategori Fabrik (Asli & Buatan)

Fabrik Gentian Asli
Gentian asli ialah gentian yang diperolehi dari sumber atau bahan semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan. Kategori : Gentian jenis Selulosa, Gentian Mineral, Gentian Protein dan Gentian Getah. Gentian asli dihasilkan daripada sumber yang berbeza bergantung kepada jenis gentian. 






   Fabrik Gentian Buatan 



Perbezaan Fabrik Asli Dengan Fabrik Buatan :




Jenis-jenis Fabrik :

Fabrik Gentian Asli

Gentian Selulosa
Kapas - Kapas merupakan fabrik yang lembut, dan selesa  dipakai kerana ia merupakan pengalir haba yang baik dan menyerap lembapan. Fabrik kapas tidak mudah terbakar namun begitu fabrik ini ada kelemahannya kerana ia mudah renyuk kecuali diberi kemasan, mengecut pada cucian pertama dan mudah bertahi lalat. 



Linen - Gentian linen agak kasar dan jegang berbanding kapas yang lembut dan halus. Linen sejuk dan selesa dipakai dalam cuaca panas. Permukaan fabriknya sedikit berkilau, mudah kotor dan mudah renyuk.

Rami -  Fabrik rami boleh dijadikan kemeja, jaket, seluar, skirt dan pakaian berkait. Seperti linen, rami juga renyuk dan amat renyuk jika 100% asli.

Jut dan Hemp - Jut dan hemp lebih digunakan untuk membuat tali, guni dan alas bawah permaidani.  

Gentian Mineral
Tekstur gentian ini licin, tahan dengan tindakan asid dan alkali serta tidak mudah mengecut. Kelemahannya ialah ia tidak menyerap lembapan, panas dipakai, tidak menyerap pencelup atau pewarna.

Gentian Getah
Ciri gentian ini ialah ia boleh mengekalkan rupa gentian, tidak berkilat, tidak kukuh kerana ia mudah rosak jika terkena peluh, cahaya matahari dan minyak.

Gentian Protien
Sutera - Sutera merupakan gentian yang ringan, berkilau, lembut dan licin. Sutera tidak mudah kotor, teguh kecuali jika basah, tidak mudah dimakan gegat, pengalir haba yang baik, cepat kering, tidak mengecut dan tidak renyuk jika ia sutera yang berkualiti.



Bulu Biri-Biri - Bulu biri-biri ialah gentian yang gebu, lembut dan ringan. Jika terkena cahaya matahari fabrik bulu biri-biri yang putih akan menjadi kekuningan. Ia mudah dimakan gegat dan tidak tahan basah. Jika basah atau di sidai, ia akan berubah bentuk. 




Fabrik Gentian Buatan

Gentian Terjana Semula
Gentian terjana semula ialah gentian yang menggunakan asas selulosa yang melalui proses kimia tertentu. Gentian dijadikan polimer dan polimer ini ditekan melalui spineret untuk menghasilkan filamen. Gentian yang terhasil daripada asas selulosa yang terjana semula ialah Rayon, Asetat dan Triasetat.

Gentian Sintetik
Gentian sintetik terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menggunakan asas petroleum dan yang menggunakan asas logam dan kaca. Gentian ini diproses melalui kaedah spin lebur. Kebanyakan gentian sintetik sensitif terhadap suhu, mencair pada suhu tertentu dan menjadikan fabrik mempunyai kesan elektrostatik. Kesan elektrostatik pula menjadikan fabrik mudah kotor, kurang menyerap lembapan dan berbunyi apabila melekat pada badan. Ini menjadikan fabrik tidak selesa dipakai ketika cuaca panas.









No comments:

Post a Comment

Kategori Dan Jenis-Jenis Fabrik

KAJIAN FABRIK v  Fabrik merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membuat pakaian. v  Gentian merupakan selulosa atau serat yang te...