Friday, November 30, 2018

Bahan Jahitan

 Bahan Jahitan

ØFabrik
Fabrik adalah salah satu bahan jahitan yang paling penting apabila menjahit sehelai pakaian.

Ø Faktor Pemilihan Fabrik
Jenis Pakaian
Stail Pakaian
Bentuk Badan
Amaun Fabrik
Warna  
Penjagaan  
Harga

Ø Fabrik Lapik Dalam
Lapik dalam adalah bahan jahitan yang digunakan untuk memberi dan mengekalkan bentuk pada pakaian seperti kolar dan ikatan pinggang.  
Kategori : Bertenun, Tanpa Tenun, Berperekat, Tanpa Berperekat.

Ø Fabrik Lapis
Fabrik lapis ialah fabrik yang digunakan untuk memberi bentuk pada pakaian.  
Kegunaan : Melindungi fabric, mengukuhkan fabrik dan kelim, mengelakkan fabrik dari berkedut, memberi drep yang elok pada pakaian.

Ø Benang
Benang sulam iaitu benang digunakan untuk   menyulam
Benang kapas merserais iaitu benang yang kukuh dan berkilau  dan sesuai untuk fabrik dari sumber gentian asli
Benang kenyal/elastik iaitu benang yang digunakan untuk menjahit kedut lepas dan kedut berjalur.

Ø Bahan Triming
Pita jalur serong tepat  
Sesuai digunakan pada  bahagian melengkung
Pita sika sika
Boleh dijahit pada tepi kelepet, sama ada dijahitrata  pada fabrik atau sebagai kun alur  
Renda   
Digunakan untuk menyudahkan tepi fabrik atau disisipkan antara dua kepingan kain.
Tali pintal
Boleh dibuat kun alur tali pintal atau disusup dalam kasing.

Ø Kancing
Tujuan menjahit kancing adalah untuk memudahkan untuk menutup dan membuka belah pada pakaian.  
Digunakan sebagai hiasan pada pakaian.
Jenis :
* Butang
* Butang katup
* Zip
* Cangkuk dan mata
* Cangkuk dan palang
* Gancu
* Velcro

No comments:

Post a Comment

Kategori Dan Jenis-Jenis Fabrik

KAJIAN FABRIK v  Fabrik merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membuat pakaian. v  Gentian merupakan selulosa atau serat yang te...