Friday, November 30, 2018

Jahitan Asas Tangan

JAHITAN ASAS

 Jahitan Sementara

Jelujur Biasa/Kasar
· Menanda garisan pola dipakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan, menetap pelapik.

Jelujur Halus
· Melekat lapisan fabrik sementara
· Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung dan  sebagai hiasan.

Jelujur Panjang Dan Pendek
· Menanda garis  tengah hadapan dan belakang
· Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian
· Lebih sesuai untuk fabrik yang  tebal, lembut dan licin (mudah tergelincir)

Jelujur Lurus Tak Sama
· Menetapkan kedudukan kelepet, kelim dsb.
· Menandakan  garis tengah hadapan dan belakang serta garis tepi yang lurus

Jelujur Tegak Serong
· Untuk menetapkan kedudukan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betul-betul rata ( lisu, kolar, lapik dalam, ikatan pinggang dan manset)
· Fabrik yang dijahit tidak perlu diangkat semasa menjahit

Jelujur Tanda
· Untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola dari kertas pada fabrik.



 Jahitan Kekal

Jahitan Penyambung
· Jelujur Halus
ü Mengantikan jahit mesin
ü Sebagai hiasan
· Jahit kia
ü Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
ü Utk melekatkan dua @ lebih lapisan fabrik dgn tetap & kukuh.
· Jahit Lilit Ubi
ü Mengelakkan tepi dari berbulu.
ü Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.

o Jahitan Pengemas
· Jahit Insang Pari
ü Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
ü Sebagai jahitan hiasan.
· Jahit  Silang Pangkah
ü Sebagai jahitan hiasan.
· Jahit Sembat
ü Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
ü Untuk menetapkan pelapik di kolar.
· Jahit Sembat Susup
ü Digunakan pada lipatan-lipatan lengan baju, kelepet skrit dan blaus, lubang lengan dan leher.
· Jahit Lubang Butang
ü Hampir serupa dengan insang pari.
ü Lebih kukuh dan lebih kemas.

Jahitan Hiasan
· Jahitan Pembentuk
· Jahitan Pengisi
· Jahitan Istimewa

No comments:

Post a Comment

Kategori Dan Jenis-Jenis Fabrik

KAJIAN FABRIK v  Fabrik merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membuat pakaian. v  Gentian merupakan selulosa atau serat yang te...